ukhwah KITA :)


Bismillah..salam sayang buat sahabat yang dirahmati Allah..lame sangat dan mungkin tak pernah tulis pun kat blog ni..hehe,tiba2 rase rindu kat korang...rindu yang teramat sangat.
and then,tangan tangkas mengambil phone,terus msej cik byha,tny ape pswrd blog sume.Tengkiu Byha! :)

emm.
Tak kesahla korang rindu aku ke tak..yang penting.
AKU RINDU KORANG SEMUA!!! >_<

sometimes rasa macam kawan2 baru kat u ni tak macam korang.tapi,ada la certain nye lebih kurang..nama dah same,tapi,tak same! :D
heeee..acaner tu?

erm,tapi tak kesahlah..tu kan lumrah kehidupan kan..Kita akan jumpa dgn ramai org yang pelbagai ragam..juz,kadang2 ada terdetik " kalau lah korang belajar kat sini jugak" .. hehe..kalau satu batch masuk u yang same..woah..dahsyat..hehe..tp,x mungkin..masing2 ada cita2 masing2 kan..

bahagia.

tengok pic2 korang kat oversea,kat uitm,um,matrik,kat mane2 je lah..no matter kat mana pun korang,aku happy tgk korang.RINDU taw x?heeee :)

rindu ukhwah kita.tengok budak2 pakai baju sekolah.aku rasa macam,baru je berapa tahun lepas,pakai baju tu,tp,sekarang dah tak lagi. -_-

Reunion kite yang tak lah menjadi sangat tu,salah AKU.maaf.tp,teringat korang punya reaksi,mungkin ada yg mrh,ade yang x kesah,ade yang xtaw nk buat ape sbb tentatif x teratur...sedih. T_T tapi,at the same time,aku happy. :) sbb dpt kumpul dan jumpe korang balik. ^_^


Sahabat,
dalam kesibukan kita mencari ilmu ni,

ada yang ngadu letih,lelah,dan penat,dengan suasana kampus yang dah tak macam kat simpang 5 dulu,baca yassin tiap jumaat,ma'thurat,solat dhuha,solat hajat,baca quran pagi2, :) kan? tp,aku yakin korang mesti teruskan perkara ni..kuatkan diri!jadi mukmin yang kuat yang lebih dikasihi Rabb Al-Izzati.

Kita kena jadi mutiara Islam yang sentiasa bersinar..sentiasa mengingatkan antara satu sama lain.. :)

em,sori la..luahan perasaan pulak kat sini..hehe..aku nk citer ni,kat u ni alhamdulillah,aku baru dpt join usrah..dari dulu teringin nak join...so,aku tak rasa macam mane kuatnya ukhwah usrah tu..skrg,aku rasa rugi sgt..kalau lah boleh patah balik,aku nak berusrah dgn korang..supaya aku tak leka.dan korang juga.. :)

tp,macam mane pun,takpe,ukhwah kita tetap sama.Kuat dan utuh!kan? :) InsyaAllah..

sekarang ni,yang kat matrik dah nk hbs kan?chayok korang!!hee..usaha sungguh2! :)
Belajar kerana Allah.bukan untuk kerja semata..taw! :)

sebab tujuan hidup kita,ada 2.Beribadah(51:56) dan menjadi khalifah(2:30) .


okey.sampai sini je kot.heee..

"Ada yang mengadu penat,letih dan lelah..

dan sama..

ada juga yang mengadu penat,letih dan lelah,tapi,semangatnya kuat dan dia berkata 'LILLAH!'. :)

salam mujahadah sabahat!
wassalam.ilalliqa' . ^_^

ni untuk korang! :) 


                                   





saya rindu awak-awak semua




Susah kita nak jumpa kawan yang sehati sejiwa dengan kita,
Susah nak cari kawan yang buat baik sama-sama dengan kita,
Susah nak cari kawan yang senakal dengan kita,
Susah nak cari kawan yang suka duka bersama dengan kita,
Susah nak cari kawan yang susah kita nak jumpa.



Bukan senang nak cari kawan yang sama-sama daftar masa kecik-kecik dulu

Bukan senang nak cari kawan gaduh-gaduh masa tahun 1st masuk. Sepah-sepahkan meja,tebalikkan meja orang,nyorokkan barang orang, bahan-bahan orang.

Bukan senang nak cari kawan fly sama-sama lepas habis sekolah. Lagi pun nak fly pergi mana. Mak guard & Pak guard pun dah tak heran dah nak keluar pergi mana.

Bukan senang nak cari kawan makan sebekas sekarang ni. Kalau dulu sorang 'mak' datang,semua nak ngaku tu 'mak' dia. Biar tak sedap mana pun makanan tu,makan ramai-ramai semua jadi sedap.

Bukan senang nak cari kawan tengok bola sama-sama masa SPM. Periksa besar pun dah tak macam periksa. Asalkan dapat buat sama-sama.

Bukan senang nak cari  kawan pergi surau sama-sama. Cepat ke,lambat ke,asalkan sama-sama.
Bukan senang nak cari kawan bising-bising masa makan sama-sama. Sampai tcer zana pun dah takut nak sound.
Bukan senang nak cari kawan pergi toilet sama-sama. Asal habis kelas je toilet la kita.
Bukan senang nak cari kawan ngaji pagi2 sama-sama. Walaupun 5minit,tapi ia memang bermakna.
Bukan senang nak cari kawan kene fitnah sama-sama. Masa PMR orang kata kita bakar bilik pengguna.
Bukan senang nak dapat gelaran extreme dari exco. Tapi tak pe,kita sabar dan teruskan usaha belajar dalam sekolah yang sama.
Bukun senang,bukan senang,bukan senang tau.

Tapi semua tu tinngal kenangan. Takde sape yang boleh gantikan tempat korang. Kita satu hati, kita satu jiwa. Kita tak boleh nak ulang dah semua tu. Baik,nakal,pahit,manis, semua bersama. Yang baik kita ambik,yang buruk tu biarlah jadi kenangan. Jaga diri,jaga akhlak kawan.

~~ALL WE LOVE~~